Bantal peluk ni spesis yg jarang kita guna. Kalau ada pun mesti pakej beli 2 bantal dapat percuma 1 bantal peluk ataupun beli tilam dapat bantal free. Ia ada bila dpt free atau org bagi kan. Kalau suami isteri tu dah sah2 x perlu bantal peluk ni sbb ada org di sebelah boleh peluk LIVE lg. Bagi anak2 pulak mesti nk sediakn bantal peluk sorang satu kan so boleh diorg peluk & sbg penghadang dr terjatuh katil. Tapi rasanya boleh dikira dgn jari je berapa banyak kuantiti bantal peluk ni kat sesebuah rumah tu jika nk dibandingkan dgn bantal kepala kan. Kesian kau bantak peluk dianaktirikan.
Selain bantal kepala & bantal peluk, ada lg 1 bantal yg sgt2 la comel & kecil je. Bantal bayi yg kita beli time anak2 kecil dulu. Setiap kali dpt anak, setiap kali tu jugak la mama mesti beli set bantal yg baru disebabkn kecomelan pd bantal2 tu. Padahal kat rumah dah berlambak dgn bantal2 kecil ni x kira la yg dpt gifts ke buat sendiri ke atau pakej beli tilam dpt free bantal.
Kesudahannya berlambak bantal2 pelbagai size kat rumah ni tp masih lg kekurangan bantal peluk. Di sinilah sel2 otak mama berhubung bila nmpk bantal2 kecil comel ni berselerak kat atas tilam anak2. Serabut kepala dibuatnya, berhabuk lg kalau dibiarkan x berplastik. Mama terigt pasal sarung bantal peluk yg berlambak dlm almari so mama keluarkan 1 pilih corak paling cantik & mulakan projek DIY mama iaitu bantal peluk 9 dalam 1 sbb semua bantal2 kecil ni mama sumbatkan nti ke dalam sarung bantal peluk ni.
Bahan2 yg diperlukan hanya
1. Sarung bantal peluk di rumah;
2. Bantal2 kecil comel dikumpulkan seberapa banyak yg boleh.
Nampak tak keselerakkan makhluk2 kecil x bernyawa di atas tilam ni. Serabut kepala mama dibuatnya
Projek DIY mama pun bermula dgn confidentnya. Senang sgt nk buat cuma susun bantal2 kecil ni ke dalam sarung bantal jadikan bentuk bulat & panjang. Sumbat selagi boleh ye.
Nampak tak susunan bantal2 kecil ni dh x bernafas dibuatnya
Akhirnya siap jugak projek mama sambil mengemas jugak la ni. Habis dah bantal2 kecil di simpan dlm sarung bantal, x de la nmpk berselerak lg atas tilam. Settle 1 masalah mama kat rumah ni.
Tgk tu dh dpt kawan pun dia. Yg corak berbelang tu bantal peluk sebenar & corak bunga bantal peluk DIY mama. x nmpk berbeza kan kalau mama x bgtau isi dlmnya
Harap idea mama ni dpt la mengurangkan kos membeli bantal peluk baru & menyelesaikan masalah logistik mama seantero dunia.



Comments
Post a Comment